ANKARA: Kesatuan Eropah (EU) pada Ahad mengecam tindakan Israel merampas 800 hektar tanah di Lembah Jordan di Tebing Barat yang diduduki.
Dalam satu kenyataan EU berkata Kesatuan Eropah dengan tegas mengecam pengumuman Menteri Kewangan Israel Bezalel Smotrich bahawa lebih 800 hektar tanah di wilayah Palestin yang diduduki telah diisytiharkan sebagai tanah negara, lapor Agensi Anadolu.
EU berkata ini adalah rampasan terbesar sejak Perjanjian Oslo ditandatangani antara Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan Israel pada tahun 1994.
"Penempatan haram merupakan pelanggaran serius undang-undang kemanusiaan antarabangsa. Pada mesyuarat Majlis Eropah minggu ini, pemimpin EU mengutuk keputusan Kerajaan Israel untuk memperluas penempatan haram di seluruh Tebing Barat yang diduduki, menyeru Israel untuk membatalkan keputusan berkenaan," katanya.
Presiden Palestin turut mengutuk keputusan kerajaan Israel untuk merampas tanah di Lembah Jordan.
Pertubuhan hak asasi manusia Palestin dan Israel telah menunjukkan peningkatan ketara dalam aktiviti penempatan haram di Tebing Barat sejak pembentukan kerajaan Benjamin Netanyahu pada akhir tahun 2022.
Menurut Suruhanjaya Penjajahan dan Penentangan Tembok, lebih 720,000 warga Israel tinggal di penempatan haram di Tebing Barat, termasuk Baitulmaqdis Timur.
Masyarakat antarabangsa bersetuju bahawa penempatan haram adalah menyalahi undang-undang dan menjadi penghalang kepada pelaksanaan penyelesaian dua negara yang menyeru penubuhan negara Palestin bersama negara Israel.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 24 2024
Kesatuan Eropah (EU) pada Ahad mengecam tindakan Israel merampas 800 hektar tanah di Lembah Jordan di Tebing Barat yang diduduki. - Gambar fail/REUTERS
Netanyahu sifatkan pendakwaan ICC ke atasnya “keterlaluan”
Ketua Pendakwa Raya ICC didakwa Netanyahu telah mengeluarkan tuduhan berbahaya dan palsu.
PERKESO sasar 552 sekolah sertai ‘MYFuturejobs Career Exploration Programme’
Program ini beri pendedahan dan panduan hala tuju kerjaya kepada pelajar sekolah menengah atas sesuai dengan pasaran kerja semasa.
Ahmad Zahid ajak rakyat Malaysia beri sokongan kepada pasukan sepak takraw negara
Ahmad Zahid ajak orang ramai sokong pasukan sepak takraw negara yang akan menentang Thailand pada perlawanan akhir Piala Dunia Sepak Takraw 2024, hari ini.
Hipertiroidisme penyakit endokrin kedua sering didiagnosis selepas diabetes di Malaysia
Masalah itu boleh dikenal pasti menerusi gejala seperti kegelisahan, penurunan berat badan, tidak tahan panas dan berpeluh secara berlebihan.
Kerajaan serius gubal Dasar Gaji Progresif sektor swasta - PM Anwar
Kerajaan serius gubal Dasar Gaji Progresif melibatkan sektor swasta, selaras dengan penambahbaikan gaji dan elaun penjawat awam, kata PM.
MB Inc Perak rangkul Pemegang Lesen Terbaik Bahan Radioaktif
Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) menerusi anak syarikatnya, Amanjaya Global Sdn Bhd, diiktiraf sebagai Pemegang Lesen Terbaik untuk Kategori Bahan Radioaktif(Kawalan VI) bagi tahun 2021-2023.
Forum Air Dunia ke-10: Badan PBB gariskan dua acara untuk elak krisis air
ESCAP telah menekankan dua langkah yang boleh membantu memastikan kekurangan air bermusim, kemarau dan bencana berkaitan air tidak bertukar menjadi krisis yang berlarutan.
Kedutaan China lancar lagu khas sempena sambutan jubli emas Malaysia-China
Lagu berdurasi empat minit dan 19 saat itu telah dimuat naik di laman sosial Facebook rasmi kedutaan pada Selasa.
Nurul Izzah mahu 'berguru' dengan Mohd Azizulhasni, Muhammad Shah Firdaus
The Pocket Rocket Women mahu menimba ilmu dengan Azizulhasni Awang serta Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang berpengalaman.
Kelantan cadang adakan pakej umrah menerusi penerbangan terus dari LTSIP
Cadangan itu bukan sahaja memberi kemudahan kepada rakyat Kelantan, malah penduduk Terengganu dan empat wilayah di Selatan Thailand.
Peraturan EU yang lebih ketat mengenai eksport sisa kepada bukan negara EU berkuat kuasa Isnin
Peraturan yang lebih ketat mengenai eksport sisa dari Kesatuan Eropah (EU) ke negara bukan EU akan berkuat kuasa pada Isnin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
AstraZeneca tarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, berbulan selepas sedar ada kesan sampingan
Vaksin itu tidak lagi boleh digunakan di EU selepas syarikat itu secara sukarela menarik balik "kebenaran pemasarannya."
MSPO mampu penuhi permintaan EUDR, kata pakar
Panel pakar pensijilan yang dipanggil oleh MPOC telah menilai keupayaan pensijilan MSPO sebagai instrumen untuk memastikan pematuhan kepada EUDR.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia saling tidak percaya akibat kebergantungan dipersenjatakan - Naib Presiden Suruhanjaya Eropah
Fenomena hilang kepercayaan yang melanda komuniti antarabangsa ketika ini adalah akibat kebergantungan yang dipersenjatakan oleh beberapa pihak.
Kerajaan serius selesaikan isu industri minyak sawit - Johari
Kerajaan serius dalam usaha meleraikan isu membabitkan industri minyak sawit negara yang boleh memberi impak sekiranya tidak ditangani.
Kerajaan rangka hala tuju beri lebih banyak perlindungan kepada kanak-kanak
Kerajaan akan merangka hala tuju bagi memberikan lebih banyak perlindungan dari segi undang-undang kepada kanak-kanak di negara ini.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Serangan dron Iran ke atas Israel ialah permulaan perang baharu - Pakar
Pelancaran serangan dron Iran ke atas Israel, jelas permulaan kepada sebuah perang yang baharu.
EU kutuk Israel rampas 800 hektar tanah di Tebing Barat
Kesatuan Eropah (EU) pada Ahad mengecam tindakan Israel merampas 800 hektar tanah di Lembah Jordan di Tebing Barat yang diduduki.
Sepanyol, Ireland, Malta, Slovenia setuju usaha iktiraf negara Palestin
Sepanyol bersetuju dengan Ireland, Malta dan Slovenia untuk mengambil langkah pertama ke arah mengiktiraf sebuah negara berdaulat Palestin.